I Need To Stop Being So Damn Emotional About Everything !



Kadang kadang aku pelik bila tengok orang laen ,
yang sangat strong .
I mean ,
kalau setakat benda kecik kecik ,
mereka boleh cakap ,
"ahh , lantak lah dia ! "
aku cuba nak jadi macam tu .
tapi kenapa tak berjaya ?

Aku tak tau kenapa dengan aku .
Semua benda i will take into account .
Semua benda aku nak fikir lebih lebih .
Semua benda aku nak terasa .
Kadang kadang benda benda ni laa yang buat kepala aku jadi runsing .

Im trying to be strong .
Selalu aku pujuk diri untuk ignore je apa yang orang cakap walau menyakitkan hati .
tapi everytime im trying ,
everytime jugaklah aku fail !

Macamane nak jadi kuat tentang perasaan ye ?
Setakat orang cakap sikit sikit ,
campak dalam longkang je .
But i cant !
Seriously .

Kadang kadang ,
aku rasa macam diri ni paranoid sangat .
Sebab aku suka sangat fikir negatif tentang sesuatu perkara .
Selalu fikir lebih lebih walaupun sebenarnya benda tu takde apa apa pon .

Macam kadang kadang ,
orang ni cakap macam ni ,
tapi aku beria ia nak fahamkan kedalaman maksud apa yang dia cakap .
Sedangkan orang tu cakap tu ,
itulah maksud dia .
Tak perlu cari dalam dalam maksud lain .
Tapi ,
aku tak boleh tahan diri untuk cari maksud dari apa yang orang cakap .
And lepas tu ,
aku mula la merungsing .
Fikir macam macam .

Haishhh .
Aku memang seorang yang sensitif .
And mungkin terlalu sensitif .

And 1 benda lagi yang aku perasan ,
aku akan lebih mudah terasa dengan orang yang rapat dengan aku .
kalau orang tu tak rapat dengan aku ,
dia cakap laa apa pon ,
tak lut .

Hmm .
aku nak jadi kuat macam yang lain .
aku taknak fikir bukan bukan dah .
aku taknak terasa kalau orang cakap sikit sikit .
aku taknak jadi suka merajuk .
aku taknak jadi suka nangis .

HOPEFULLY =.="