Erti Sahabat dan Erti Mengumpat





Tetibe je pagi ini aku nak copy nukilan dari seseorang yang telah merasai kehidupan di dunia dan hari terakhir arwah menghasilkant nukilannya . Arwah tersebut telah menghasilkan nukilan mengenai sahabat sebelum arwah menghembus nafas terakhir . Arwah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya . Setahu aku , arwah pada masa itu berniat untuk melawat sahabatnya yang telah kian lama bermusuh  dan ingin berbaik-baik . Tapi , ALLAH swt lebih sayangkan arwah terlebih dahulu . Mari kita sedekahkan al-FATIHAH kepadanya . (Aku hanya membaca blognya dan kini blognya diuruskan oleh sahabatnya ):

Nukilannya -

" Selalunya orang akan cakap sahabat yang sejati akan berada disisi kita bila kita memerlukan dan bila kita senang kita akan kongsi kegembiraan bersama..tapi tidak semua yang kita harapkan akan terjadi...

ada tu sahabat yang kita rapat tapi diam2 dia tidak suka dengan kita..ada juga kawan yang kita tidak suka akan membantu kita bila kita kesusahan kelak..semua itu kuasa Allah..kita hanya berusaha untuk mendapatkan yang terbaik..

Alhamdulillah Allah bagi aku kelebihan so that aku dapat kenal siapa yang ikhlas berkawan dengan aku dan siapa hanya menjadi udang disebalik batu..aku bukan jenis suka memilih kawan..aku kawan dengan semua tapi pada masa yang sama aku tau yang mana mengerti erti persahabatan . Aku tahu yang kawan yang suka mengata dari belakang tapi semua itu aku hanya pendam dan tak ambil peduli sekali pun ..sebab itulah aku meluahkan disini kerana aku tahu bahawa bukan aku sahaja yang berada dalam permasalahan kawan seperti aku ni....."


Banyak lagi yang arwah kongsikan . Tapi kepada siapa yang pernah terbaca artikel arwah mungkin tahu apa yang diceritakan lagi . Sahabat nya tidak benarkan orang memperbesarkan masalah mereka tentang hal mereka yang dulu-dulu .

Aku sebagai OWNER blog ni pon , merasakan seperti itu .  Kalau pasal sahabat selalunya dikaitkan mengumpat , dan tak puas hati kan ?

Mari, aku kongsikan apa itu MENGUMPAT dan MENFITNAH:

·  Dosa mengumpat dan fitnah merupakan dosa yang melibatkan makhluk lain. Dosa seperti ini tidak diampunkan oleh Allah, melainkan orang yang diumpat dan difitnah itu sendiri memaafkan kesalahan itu. 

Seandainya perkara ini tidak diselesaikan di dunia, maka akan dibawa pengadilannya ke akhirat. Pahala orang yang mengumpat dan memfitnah akan diberikan kepada orang yang diumpat dan difitnah. Sekiranya pahala sudah tidak mencukupi untuk diberikan, maka si pengumpat dan pemfitnah itu akan menanggung dosa orang yang diumpat dan difitnahnya.

Lihat, betapa besarnya kesan buruk dosa mengumpat dan memfitnah serta dosa-dosa lain yang melibatkan makhluk.

Abu Hurairah
رضي الله عنه melaporkan bahawa Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وآله وسلّم  pernah bersabda:

"Saudara-saudara tahu apa itu mengumpat?"

Sahabat-sahabat Baginda menjawab:

"Allah dan utusan-Nya yang lebih mengetahui."

Rasulullah bersabda:

"Mengumpat itu adalah saudara menyebut hal rakan saudara yang tidak disukainya."

Ada orang bertanya:

"Apa pandangan tuan apabila saudara saya itu memang sifatnya seperti saya sebutkan?"
 

Baginda menjawab:
 

"Apabila dia memang begitu, maknanya saudara mengumpat kepadanya. Apabila dia tidak bersifat seperti apa yang saudara katakan, bererti saudara memfitnahnya."
 

(Hadits riwayat Imam Muslim
رحمه الله , dicatatkan oleh Imam An-Nawawi رحمه الله dalam kitab Riyadhus Sholihin)

  
·  Dalam islam sendiri ALLAH menggalakkan kita bersahabat,berteman,berkasih antara kita dan sebab itulah ALLAH menjadikan kita berbilang kaum dan warna kulit agar kita dapat saling kenal dan hormat-menghormati. Nah!ini terbukti apabila turunnya ayat :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." 
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)


Sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat:
* Ikhlas bersahabat kerana ALLAH
* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya


Bersahabatlah kerana ALLAH,pasti indah perhubungan itu. Bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisih faham, kita lah yang harus bijak menangani masalah itu. Jangan sampai terputus silaturrahim ini. Sahabat, maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan keadaan,tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi?