pergi jauh-jauh .

kali ini bukannya untuk mintak simpati sesiapa mahupun mencari publisiti . aku tulis atas apa yang aku rasa. sakit, kecewa, pedih danpengorbanan aku untuk seseorang yang pernah ada dalam hati ni. setelah apa yang berlaku, aku yakin ada hikmah disebalik kejadian. mungkin dekat entri entri sebelum ini aku cuma berkias. aku takut nak hadapi kenyataan tapi aku langsung tak ingin kan perpisahan ini.

kalau lah sayang itu boleh dijual sekilo singgit, aku nak beli banyak banyak buat stok kat dalam hati. tapi ianya tak penah wujud dalam sistem jual beli sekarang. mungkin lepas tahun 2020 nanti. dan kalaulah perasaan itu kita bolehdelete dalam masa yang singkat. aku sangat mahukannya. tapi itu juga tidak wujud.

sayang tu bukanlah perkara yang mudah untuk aku. cubalah disuruh sayang sesuatu dalam masa satu minit, aku yakin aku akan kalah. sebab hati aku bukan senang untuk menyayangi seseorang dengan cepat, mudah dan pantas.

dengan ikhlas dan redha, saya akan pergi jauh jauh dari hidup awak. saya tahu perkara tu susah untuk saya. tapi saya lakukan semua ini sebagai bukti bahawa saya sangat sayangkan awak. saya taknak awak rasa serba salah atau kesiankan saya. lupakan segalanya tentang kita dulu. saya pasti, saya telan pahit hari ini untuk kemanisan yang akan datang.

 sekiranya kita berjumpa diluar nanti, jangan tunjukkan kebahagian awak depan saya. sebab itu amat menyakitkan bagi saya. tolong lenyap dari kehidupan saya.