masa semakin suntuk untuk aku .

"Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka." ~ Charles Cahier




bangun nida.bangun!
anda tidak mencari emas.melombong emas atau taksub dengan kebendaan keemasan.bangkit.masa tidak menunggu langsung dan detik saat tiada belas ihsan.
masa berlalu dan aku masih alpa,lalai dan tewas dengan sifat sendiri.
malas malas malas.
purke amor?mohabbta?mohhabbat?AISEHHHH.

keinginan,harapan,impian dan imaginasi membuak dari dalam diri.
tapi aku masih belum ada kekuatan untuk memuntahkan segalanya.
belum dapat satu semangat yang boleh menyunting emosi supaya terus bergerak ke arah masa hadapan.
sebabnya?
diri sendiri semakin riak,angkuh takbur dan tidak jumpa cahaya untuk terus berinteraksi dengan 'dia' yang maha pencipta.
kasihani lah diri kau,nida.

apa guna habiskan masa satu tahun setengah,andai kata corak perjalanan yang diukir dengan tangan sendiri tidak ada kesungguhan untuk melangkah masuk ke universiti?
kenapa sia siakan masa dan biarkan orang terus memperlekehkan maruah jika keinginan ke puncak menara gading di anggap sebagai satu cagaran hidup yang tidak penting?

bangun nida!! jangan bercakap tentang emas,aluminium mahupun bijij timah.
sekarang ada hampir 6 bulan lagi sebelum melangkah ke fasa berhadapan dengan segala kemungkinan.
stpm akan kejam andai diri sendiri tidak meletakkan ihsan dalam ukiran kehendak diri sendiri.
semoga aku tidak tewas dengan ego ciptaan sendiri yang diulit dengan sikap malas 
tegar!
                       kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
aku kena usaha lebih untuk dapat result macam ni :)


"Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya."