BINGKISAN BUAT "KAKAK "
‘Sesuatu yang tak disangka,
Seringkali mendatangi kita,
Itukah suratan dalam kehidupan,
Atau sekadar suatu kebetulan…’
Seringkali mendatangi kita,
Itukah suratan dalam kehidupan,
Atau sekadar suatu kebetulan…’
Lirik lagu ‘Suratan Atau Kebetulan’ sememangnya memberi seribu satu makna dalam hidupku. Dalam kehidupan ini memang banyak perkara yang tidak dapat dijangka menimpa kita. Kehadirannya dalam hidupku tidak pernah sekali dirancang dan semuanya di luar jangkaan. Namunku tahu, ini semua ketentuan ilahi. Pertama kali aku menatap wajahnya, aku dapat rasakan suatu ketenangan yang sudah lama kucari.Aku ingin sekali jadikan beliau sebagai seorang ‘KAKAK’ dalam hidupku. Aku sendiri tidak mengerti mengapa begitu tinggi sekali anggapanku terhadap dirinya,sedangkan baru sekali aku bersua muka dengannya. Aku sentiasa mencari masa yang sesuai untuk menegurnya di SEKOLAH. Tapi diriku tidak yakin untuk berbuat demikian. Aku takut, benar-benar takut kerana tidak mahu peristiwa silam berulang kembali. Sebelum ini, aku memang pernah rapat dengan seseorang sehingga kakak menjadi gelaran buatnya. Tapi entah macam mana, gelaran itu hanya buat seketika sahaja. Mungkin kerana tiada sefahaman antara kami. Sehingga kini aku tidak pasti ke mana koordinasi insan itu. Ah, cerita lama buat apa hendak diungkit kembali!
Tiap kali aku bertembung di sekolah, hati ini seolah-olah mendesak untuk bertemu dengannya. Lidah bagai ada sesuatu ingin diungkapkan. Tapi aku takut bila bertemu lidahku kelu, diam seribu bahasa. Selepas minggu, aku baru berani meminta nombor telefonnya. Aku mula menghantar mesej kepadanya. Walaupun kadang2 jarang sekali beliau membalas. Kawanku mula memerli. Kata mereka aku ‘syok sendiri’. Ada juga yang cakap ‘orang lain admire lelaki, dia admire perempuan. Datang sini cari boyfriend lah bukan cari AWEK.’ Lantaklah, aku kisah apa! Namun aku masih ingat lagi kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Hani, ‘tidak semestinya cinta yang kita beri akan dibalas kembali’
Di rumah, fikiranku masih melayang-layang teringatkan beliau. Aku mencapai
ipong 4 ku lantas menghantar mesej kepadanya.. Aku tidak menyangka pula beliau boleh menerimaku. Aku yakin, beliau pasti terpinga-pinga dengan kehadiran hidupku. Insan asing yang tidak pernah beliau kenali sebelum ini. Yeah, cerita menarik nak bagitau kawan-kawan ni. Aku nak buktikan pada mereka yang aku ni bukanlah syok sendiri. Kini aku sudah berani hendak memanggilnya KAKAK..sekian.. ^______^