bismillahirrahmanirrahim,,in the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful,,
berbicara mengenai cinta,,,
pastinya tidak dapat lari dengan berbicara tentang cinta yang menghiasi dunia muda-mudi sekarang,,
dan tak salah rasanya kalau saya cakap itulah perspektif dan pemikiran kita,,
sedangkan cinta itulah yang mendorong pelakunya melakukan maksiat,,
sekotor itukah cinta??
tidak!!
jangan pernah anda salahkan cinta~
cinta itu fitrah,,
tapi jika ia disusuli tindak-tanduk yang tidak diredhai Allah,,
maka ia berubah menjadi fitnah,,,
and as a normal human being,,
manusia tidak lari dari perasaan itu,,
ya,,
perasaan ingin mencintai dan dicintai,,
ini antara perbualan saya dengan one of my bestie,,
"Kau mana tahu , kau pernah bercinta?".Oh, terasa sedikit kurang normal ya jika tidak pernah bercinta.~ "Kau tak laku. Kau jual mahal sangat. Kau bajet hot habes la tuh?".~Berfikir sejenak. Mugkin ada kebenarannya. ~"Ah.. Biarkan aku tak laku daripada dimainkan oleh cinta macam kau! Kecewa. Menangis berhari bermalam. Makan tidak, minum tidak", balas aku tapi hanya didalam hati. Aku hanya melemparkan senyuman. Tidak ingin menambahkan lagi luka dihatinya. Tapi aku menambah jugak, sekadar untuk membuatnya berfikir."Kau ingin cinta yang tak mungkin buat kau kecewa?"."Cuba kau bercinta dengan Allah. Sebab Dia takkan mungkin buat kau kecewa". Noktah. Itu sahaja ayat terakhir yang keluar dari mulut aku untuk buat dia tenang.
jadi,,
bagi yang sedang bercinta,,
kononnya dialah satu-satunya yang terbaik buat anda,,
dan anda pun tak nak kehilangannya,,
saranan saya,,
cepatkanlah ijab kabul,,,*tiba2 rasa macam kaunselor perkahwinan pulak*
"Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.
“..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..”
tapi kalau rasa tak mampu sangat,,
yelah,,
dua-dua pun study lagi,,,
banyak lagi komitmen lain,,~
dan untuk menjauhkan diri anda daripada cinta,,
you have to follow this three steps,,
1. Mengurangkan ,,Anda boleh mengurangkan masa anda berhubung dengan pasangan anda itu. Bak kata lain, jangan terlalu kerap in contact with each other. Tahan diri daripada call or message tentang benda-benda yang remeh,,macam tanya "dah tidur ke??","hari ni u dah [ergi toilet ke belum?",etc,,etc,,baik tak payahlah,,Bila perlu atau 'terlalu' rindu sahaja anda contact dia,,Mungkin mula-mula sehari sekali,then seminggu sekali, then sebulan sekali, then then then..
2. Meninggalkan,,Selepas 'then then then..', anda mungkin sudah kuat dan bersedia untuk meninggalkan cinta manusia itu. Jadi mohon kekuatan Allah untuk anda tinggalkan pasangan anda itu. Bak kata orang, clash cara baik. Niat anda baik, maka Allah akan memberikan yang lebih baik untuk anda. Jika pasangan anda tadi memang jodoh anda, mustahilkah suatu hari nanti anda akan bercinta semula dengannya atas cinta yang suci? Tiada yang mustahil bagi Allah.
3. Menjauhkan,,Selepas anda sudah meninggalkannya, sentiasalah berdoa kepada Allah supaya dikuatkan hati anda setiap saat. Ingat, syaitan telah berjanji untuk menyesatkan keturunan Adam. Dia tak akan duduk goyang kaki saja melihat perubahan baik anda itu. Jadi sentiasalah berwaspada dengan bisikan syaitan. Jadi jauhkan diri anda dari terjebak dalam cinta manusia lagi seperti menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri.Kalau contoh anda satu sekolah dengan dia,,tiba-tiba kena cooperate untuk some project ke,,study group ke,,apa ke,,relax je,,dan anggap dia hanya 'kawan' sahaja,,macam anda kawan dengan orang lain,,
cintailah Ilahi,,,
nescaya cinta pasangan soleh/solehah turut kau miliki,,;)